Monday, 2 December 2013

Fulfilling relationship

Baru- baru ni saya selalu dijengah dengan soalan soalan 'superpower' dari sahabat handai tentang perkahwinan yang dikatakan umpama jerangkap samar- tidak membahagiakan mereka dan sangat menyakitkan.

Saya boleh mengandaikan dengan menolak beberapa faktor lain.....sebab utama wujudnya rasa kecewa dan tidak puas hati dengan perkahwinan adalah jangkaan tidak realistik yang wujud dalam diri masing- masing terhadap pasangan.

Harus diingat bahawa mempunyai jangkaan tertentu terhadap pasangan tidaklah salah.Yang salah adalah meletakkan jangkaan yang melampau.

Pasangan anda bukanlah aktor kacak yang sentiasa nampak 'hensem' atau aktres jelita yang sentiasa lebat maskaranya walaupun semasa tidur.

'Fulfilling relationship' hanya akan dicapai jika anda meredhakan jangkaan- jangkaan yang tidak realistik....sebaliknya fokus kepada kualiti- kualiti baik pasangan.

Bayangkan dan ingatkan kembali saat pertama kali anda jatuh cinta dengan pasangan atau saat anda berkesanggupan mengaku menikahi pasangan anda.

Ingatkan saat itu bila saja angin ' unrealistic expectation' anda menyerang.

Lupakan hijaunya taman orang...fokus bagaimana menghijaukan laman anda dan pasangan. Suburkan dengan baja terbaik biar meriah dengan wangian dan warna warni cinta.

Biiznillah.

No comments:

Post a Comment