Wednesday, 11 December 2013

Piza perghhh

Kali pertama mencuba piza...rupanya sangat senang membuat piza.
Dulu tak berani mencuba...terasa macam 'complicated' je kaedahnye...pendek kata belum cuba belum tahu...selamat mencuba

Wednesday, 4 December 2013

Kuah Rojak Che Dah

Tumpang lalu untuk iklan kuah rojak paling 'mabelos' di Kedah...Kuah rojak Che Dah!

Kesedapannya tidak dapat disangkal lagi...kalau dulu terbiasa dengan kuah rojak Mak Bee yang terkenal sedapnya ( sampai sekarang masih sedap)....tapi cubalah rasa pula Kuah rojak Che Dah....

Yummy...sedap sampai tak boleh cakap

Kalau berminat nak tempah boleh berhubung sendiri dengan tauke kuah rojak sendiri seperti di bawah:

Pn. Hamidah  ( 017-4098534)

Difahamkan harga satu ' tupperware' macam dalam gambar tu RM 5.00 sahaja...dan ada diskaun bagi belian secara pukal....

Keistimewaan Kuah Rojak Che Dah ni ialah:

-Boleh ' request' nak pedas atau kurang pedas.

-Boleh ' request' nak kacang lebih atau kurang...

Jom order!

Pulut Inti Meghelip

Pertama kali memasak pulut inti dan menjadi dengan jayanya.

Petuanya:

Pulut haruslah direndam semalaman sebelum dikukus.

Santan dimasak dengan api yang perlahan supaya tidak pecah minyak. Jangan lupa sedikit garam untuk lebih ummmphhh.

Inti kelapa yang dimasak dengan gula merah haruslah ditambahkan sedikit dengan tepung gandum. Barulah inti tu termetri cantik dan kilauannya memancar ;)

Selamat Mencuba!

Tambahkan minumanku

Dua bulan di Pulau ini menjalankan tugas...aku boleh rumuskan dengan dua perkataan:

1) Crumble

2) Overwhelming

Tugas di Pulau ini menuntut kesabaran...kekuatan jiwa yg sangat tinggi. Aku yang berjiwa rapuh ini, sangat kecil...halus...sehingga ada masanya rasa tenggelam ke dasar laut dalam...

Di sini dunia indah...segalanya indah...kecuali apa yg berlaku di sekelilingku...di kiri kanan ku...

Tapi adakah aku berhak kecewa dan merungut...TIDAK....

Kenapa? Sebab aku di sini dengan ketetapan Ilahi...Dia mahu aku di sini jadi di sinilah letaknya duniaku...

Aku redha di sini...dan aku mengharapkan keredhaanNYA melebihi segalanya....

Permudahkanlah segalanya Ya Allah...

Tuesday, 3 December 2013

Rumah Terbalik Sabah

Terletak di Ranau iaitu di pertengahan jalan antara Kota Kinabalu ke Gunung Kinabalu di Kundasang..harus singgah di sini jika ke Sabah...dan jika ada masa tidak jauh dari sini boleh melawat Jambatan Tamparuli...

Pulau Manukan Sabah

Sekali lagi...bibir laju mengucapkan zikrullah tatkala melihat indahnya Pulau Manukan dan pantainya

Perjalanan dengan bot ( island hopping) selama 20 minit ke pulau...akhirnya menjanjikan sesuatu yang melampaui jangkaan...

Subhanallah...sungguh cantik...

Tiga jam snorkeling...
Tidak terasa masa berlalu...

In shaa Allah...ingin kembali lagi....

Gunung kinabalu

Lama terkesima...terpukau dengan keindahan Gunung Kinabalu...lidah pantas berzikir Subhanallah...

Fikrah membentuk sahsiah

Setiap kali berhadapan dengan orang- orang yang menghadapi 'situasi' tertentu atau dalam kata lain 'masalah' dalam kehidupan mereka saya sering menelan perkataan sendiri...

Kenapa?

Kebanyakannya datang masih dengan ego yang menebal di dada. Kebanyakannya masih cenderung menunding silap pada orang lain.Kebanyakannya masih belum berlapang dada....kebanyakannya datang dengan dada yang sesak, jiwa yang kacau, fikiran yang berkecamuk....tetapi masih mampu menyalahkan orang lain dan lupa untuk MUHASABAH diri.

Jadi bila masalah akan selesai?

Masalah atau situasi akan beransur selesai dengan sendirinya...dengan sedikit usaha...jika kita mulakan dengan berlapang dada dan melihat ke dalam diri sendiri. Simpan sebentar jari telunjuk yang menunding pada orang lain. Fikirkan bagaimana mengatasi masalah tanpa menyalahkan orang lain.

Bagaimana?

Ubah cara berfikir
Ubah pemikiran
Kerana cara anda berfikir membentuk perilaku...perbuatan...tindak tanduk...dan reaksi anda...

- fikrah membentuk sahsiah-

...bersambung....

Monday, 2 December 2013

Fulfilling relationship

Baru- baru ni saya selalu dijengah dengan soalan soalan 'superpower' dari sahabat handai tentang perkahwinan yang dikatakan umpama jerangkap samar- tidak membahagiakan mereka dan sangat menyakitkan.

Saya boleh mengandaikan dengan menolak beberapa faktor lain.....sebab utama wujudnya rasa kecewa dan tidak puas hati dengan perkahwinan adalah jangkaan tidak realistik yang wujud dalam diri masing- masing terhadap pasangan.

Harus diingat bahawa mempunyai jangkaan tertentu terhadap pasangan tidaklah salah.Yang salah adalah meletakkan jangkaan yang melampau.

Pasangan anda bukanlah aktor kacak yang sentiasa nampak 'hensem' atau aktres jelita yang sentiasa lebat maskaranya walaupun semasa tidur.

'Fulfilling relationship' hanya akan dicapai jika anda meredhakan jangkaan- jangkaan yang tidak realistik....sebaliknya fokus kepada kualiti- kualiti baik pasangan.

Bayangkan dan ingatkan kembali saat pertama kali anda jatuh cinta dengan pasangan atau saat anda berkesanggupan mengaku menikahi pasangan anda.

Ingatkan saat itu bila saja angin ' unrealistic expectation' anda menyerang.

Lupakan hijaunya taman orang...fokus bagaimana menghijaukan laman anda dan pasangan. Suburkan dengan baja terbaik biar meriah dengan wangian dan warna warni cinta.

Biiznillah.